Friday, January 15, 2010

Jemputan Kenduri Arwah Serta Perkahwinan


 

Monday, January 4, 2010

Penggunaan NAMA ALLAH oleh Herald-The Catholic Weekly

Assalamualaikum saudara-saudara sekalian ///
Sepertimana yang telah diketahui umum, Majalah Herald-The Catholic Weekly telah memohon di mahkamah bagi penggunaan KALIMAH ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka...



Tandatangan memorandum ini!

Berikut petikan berita dari utusan online

Perkataan Allah: Permohonan gereja Katolik ditentu 5 Mei

KUALA LUMPUR 29 April - Mahkamah Tinggi di sini akan menentukan pada 5 Mei ini keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly.
Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung permohonan berkenaan.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili responden-responden berhujah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap tuntutan perisytiharan bahawa larangan itu adalah tidak sah dan batal.
Bagaimanapun, beliau membantah tuntutan pemohon berhubung perisytiharan penggunaan perkataan dalam penerbitan itu dan tuntutan perkataan Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.
Ini kerana, katanya, perisytiharan berkaitan hak tersebut seharusnya dibuat melalui tindakan saman (writ action) dan bukannya melalui semakan kehakiman yang digubal untuk menyemak keputusan menteri.
''Pemohon tidak boleh mengisytiharkan hak peribadi mereka untuk menggunakan perkataan Allah dalam permohonan semakan kehakiman. Cara yang betul adalah melalui tindakan saman atau di bawah Seksyen 41 Akta Relif Spesifik 1950,'' katanya.
Gereja Katolik selaku pemohon menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.
Gereja berkenaan mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut perisytiharan agar keputusan responden-responden yang melarang penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan tersebut adalah tidak sah dan batal.
Larangan penggunaan perkataan tersebut terkandung dalam keputusan responden-responden yang menyatakan bahawa permit penerbitan pemohon bagi tempoh sepanjang tahun ini adalah tertakluk kepada 'Garis Panduan Penerbitan'.
Pemohon turut menuntut perisytiharan bahawa mereka berhak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan itu dan perkataan Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.
Menurut Azizah, isu sama ada pemohon mempunyai hak menggunakan perkataan Allah berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, perlu ditentukan oleh mahkamah selepas mendengar keterangan pakar terhadap isu tersebut.
Begitu juga, kata Azizah, keterangan pakar diperlukan sebelum mahkamah membuat keputusan bagi menentukan tuntutan mengenai perkataan Allah yang dikatakan tidak eksklusif kepada agama Islam kerana ia membabitkan kepercayaan dan penggunaan bahasa.
''Persoalan penting tersebut tidak boleh ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepada afidavit pemohon dan menteri semata-mata,'' kata beliau ketika memohon agar permohonan kebenaran bagi kedua-dua isu itu ditolak.
Sementara itu, peguam Porres Royan pula berhujah, adalah pramatang untuk mahkamah mendengar hujah berhubung remedi yang sesuai berhubung tuntutan kedua-dua isu itu di peringkat awal ini yang hanya membabitkan permohonan mendapatkan kebenaran.
Isu tersebut, menurut beliau, sepatutnya didengar pada peringkat semakan kehakiman kelak jika kebenaran diberikan oleh mahkamah.

Berikut memorandum Sejuta Umat


Thursday, December 24, 2009

30,36,77


di petik dari Blog Panji-Panji Hitam
30, 36 dan 77

Hari ini kita akan lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik angka-angka popular ini, kami akan mengupas apakah yang "tersirat" di sebalik angka dan apakah corak-coraknya. Sebelum kami mula kan kupasan, anda perlu tahu apakah beza nombor dengan angka. Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9.... ia disebut angka. Manakala nombor adalah satu corak yang berada di belakang angka.

ANGKA = SESUATU YANG NAMPAK (TERSURAT)
NOMBOR = SESUATU CORAK YANG TERSIRAT.

Apabila membincangkan berkaitan ilmu penomboran, maka kita merujuk corak yang berada di sebalik angka tersebut, bukannya 1,23,4,5,6,7,8,9 Melihat angka akan menyebabkan kita keliru, angka cumalah satu simbol yang direka untuk menceritakan corak tersebut. Sekiranya tiada angka maka susahlah kita untuk membuat ulasan tentang corak nombor tersebut.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kita? Sebenarnya apabila anda membuat perkara sebesar zarah pun, ia tetap ada kesan, samada anda mampu melihatnya atau tidak ambil peduli. Apabila corak satu nombor itu "rapat" dengan diri anda, maka corak itu juga akan bersama dengan anda apatah lagi kumpulan yang menggunakannya.

TIGA PULUH (30) SEMANGAT JUANG.


Apakah yang dimaksudkan dengan 30 atau 3 ini. Nombor 3 ialah berkaitan dengan semangat, kejiwaan, pergerakan yang pantas, panas, mudah keliru, beremosi (samada positif atau negatif).

Persoalannya:
1) Adakah orang yang rapat dengan corak 30 ini mudah keliru, mudah dipengaruhi pihak lain?
2) Adakah mereka ini mudah beremosi seperti cepat nak marah atau pun cepat kesian dengan orang lain?
3) Adakah mereka ini selalu bergerak pantas apabila berlaku sesuatu hal?
4) Adakah mereka ini mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi? (penghayatan spiritual)
5) Adakah mereka ini mudah bersemangat untuk buat sesuatu yang mereka perjuangkan?
6) Adakah mereka ini buat sesuatu nak cepat jadi je? Dan bila tak jadi mereka mudah rasa nak marah?


Sekiranya anda rapat dengan nombor tersebut anda mampu memerhati dan menjawabnya sendiri. Setiap nombor itu punya aspek positif dan negatif terhadap corak dan getarannya.


TIGA PULUH ENAM (36) KEDUNIAAN/KEBENDAAN.

Nombor 36 boleh menghasilkan sembilan (3+6=9). Di "dalam" nombor 36 terdapat corak 696 dan 393 serta 639. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, jika melihat angka kita akan keliru, biar kami ungkaikan untuk anda. Penerangan tentang nombor 3 telah anda ketahui di atas, jadi kami akan terangkan apa pula 6 dan 9.

Nombor 6 adalah satu corak yang mewakili kekeluargaan, duit, daya kepimpinan.
Nombor 9 adalah satu corak yang mewaliki peluang, bisnes, aset, superhero.

Kombinasi 3+6=9 membawa maksud pergerakan cepat dan pantas dalam mencari dan mendapatkan kekayaan/duit atau sesuatu yang berharga. Membawa maksud mampu mendapat duit dengan cara cepat dan boleh menukarkannya menjadi satu bisnes/aset/peluang yang mampu digunakan untuk membangunakan komuniti. Nombor tersirat lain disebalik 36 ialah kombinasi 696. Di mana ia membawa maksud, kebolehan menggunakan duit atau daya kepimpinan untuk mendapatkan peluang/bisnes/aset (barang dagangan), serta menggunakan atau mencairkan peluang/bisnes/aset tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Kombinasi 393 pula membawa maksud kebolehan mendapat satu peluang tu dengan cukup mudah tapi sayangnya peluang itu juga cepat pergi. Jika buat perniagaan ialah berniaga cara pendek dan tidak setempat. Sekiranya setempat, ia tak bertahan lama dan selalu bertukar tampuk pemerintahan. Manakala 639 pula kebolehan menggunakan duit atau keluarga untuk bergerak pantas/secara beremosi untuk mendapatkan aset-aset yang dianggap penting bagi mereka.



Persoalan kepada mereka yang rapat dengan corak 36:

1) Adakah mereka ini mudah terlibat dengan kegiatan kumpulan untuk merebut kawasan/aset?
2) Adakah mereka boleh bertahan lama apabila memegang satu kawasan?
3) Adakah mereka mementingkan duit dalam sistem kepimpinan mereka?
4) Adakah mereka ini banyak terlibat dengan kegiatan jangka pendek seperti ah long?
5) Adakah mereka ini selalu melupakan faktor keagamaan dan perjuangan dan sentiasa sibuk dengan dunia mengejar kebendaan?
6) Adakah mereka ini biasanya hangat-hangat tahi ayam?
7) Adakah mereka ini punya ikatan keluarga yang kuat atau berfahaman ethnosentrik dimana melihat hanya mereka adalah terbaik dan pandang rendah golongan lain?
8) Adakah mereka ini suka kegiatan yang dapat mencuri tumpuan orang?



TUJUH PULUH TUJUH (77) MENARIK PENYOKONG


Nombor 77 akan menghasilkan 5. (7+7=14 dan 1+4=5). Di sebalik kiraan 77 ialah kombinasi 753 dan 336. Untuk maksud nombor 3 dan 6 sila rujuk kepada makna yang ada di tulisan 30 dan 36. Secara ringkas tentang maksud 7 dan 5 adalah seperti berikut:

7. Menarik penyokong, suka menyelidik, berkumpulan
5. Kasar, degil, emosional, sibuk.


7+7=5 beerti bertuah dan satu kebolehan menarik penyokong dengan mudah. Cenderung mengambil kesempatan ke atas penyokong, mempunyai kepimpinan tapi gaya diktator cenderung untuk menarik perhatian. Sekiranya individu mempunyai kombinasi 775 biasanya individu tersebut cakapnya tidak boleh dipakai, mereka juga sangat degil bersemangat apabila nak buat sesuatu yang baru, tapi biasanya sekejap saja. Kombinasi kiraan tersirat 753 pula bermaksud sekumpulan penyokong dibelakangkan apabila mendapat sesuatu yang memerlukan mereka bergerak pantas untuk mengerjakannya seperti hal-hal kecemasan yang memerlukan perhatian mereka. Mereka mampu beri komitmen dengan baik. Tetapi oleh kerana penyokong berada di belakang, mereka juga berpotensi untuk disabotaj, bermakna akan berlaku sabotaj dan mensabotaj orang lain. 753 terkenal juga dengan sikap suka cari pasal dan suka cari masalah. Kombinasi terakhir adalah 336. Mereka ada keboleh untuk mendapat duit dengan cepat/mudah tapi duit juga cenderung hilang dengan cepat biasanya sekiranya mereka tidak berjaya mengawalnya. Mereka yang ada corak 336 pandai psiko persekitaran untuk mendapat duit.


Persoalannya kepada mereka yang rapat dengan corak nombor 77:

1) Adakah mereka selalu terlibat dalam kegiatan pow untuk dapat ang pau? atau apa-apa aktiviti untuk psiko orang sekeliling untuk dapat duit??
2 Adakah mereka cenderung menggunakan penyokong ketahap maksimum dan kemudian tinggalkan mereka??
3)Adakah mereka suka cari pasal dan cari masalah?
4)Adakah mereka ini degil dan tidak mahu dengar pandangan orang lain selain dari orang yang dianggap "besar" pada kaca mata mereka?
5)Adakah mereka ini cenderung untuk cakap berapi atau cakap besar?

Demikianlah sedikit sebanyak kupasan mengenai corak nombor 30,36 dan 77. Pembentangan ini adalah melalui kajian penomboran untuk mengenalpasti corak sesuatu di sebalik angka tersebut. Apa yang kita lihat adalah secara am, bukan secara spesifik, untuk spesifik terpulang pada individu itu sendiri. Sekiranya satu kumpulan itu baik bukan semuanya baik, sekiranya buruk bukan semua buruk.

Detik-Detik Rasulullah S.A.W menemui ajal...


Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin….